AKU Ariff. Gelaran termulia AKU Cikgu Ariff. Panggilan kehormat AKU Abe Ariff. Terkadang AKU disapa Ustaz Ariff. yang mana saja kalian suka, semua itu kerna jiwa AKU : Seorang Pendidik.
Tuesday, June 9, 2015
Aku : Kisah Selanjutnya
Sepanjang menjalani praktikal di Semester 6 pengajian Ijazah
Aku memilih untuk dihantar ke Pejabat Pelajaran Daerah Machang
kerana aku bukan dalam bidang pendidikan untuk ke sekolah
kiranya jika di sini nanti
akan menjadi patform untuk aku berkhidmat ke sekolah
selepas beberapa minggu
aku sediakan kertas kerja untuk membuat kajian etnomatematik
di SMK Seri Intan (Sekolah lama)
Alhamdulillah, diluluskan.
lama aku di sini sehingga tamat praktikal
aku masih sambung menjadi warden dan guru sambilan.
dan sebenarnya itulah tujuan aku
yeahhhh, misi berjaya.Alhamdulillah.
Sementara menunggu hari konvokesyen
aku memilih untuk bekerja di Rumah Anak-Anak Yatim Ipoh
ya, kerana minat.
tugas aku memasak dan mengajar mereka dalam bidang akademik.
tidak lama di sini
Alhamdulillah aku telah dipilih sebagai guru akademik
di sebuah sekolah swasta
Sekolah Menengah Tahfiz Al-Amin, Teluk Intan.
antara beratus yang mencuba nasib
aku antara 2 yang terpilih kerana kesungguhan aku untuk mendidik.
setahun aku menjadi guru tetap akademik
mengajar matematik, sains dan Bahasa Melayu
dan secara langsung
aku menjadi guru yang bertauliah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)








No comments:
Post a Comment