Tuesday, June 9, 2015

Aku : Kisah Selanjutnya


Sepanjang menjalani praktikal di Semester 6 pengajian Ijazah
Aku memilih untuk dihantar ke Pejabat Pelajaran Daerah Machang
kerana aku bukan dalam bidang pendidikan untuk ke sekolah
kiranya jika di sini nanti
akan menjadi patform untuk aku berkhidmat ke sekolah



selepas beberapa minggu
aku sediakan kertas kerja untuk membuat kajian etnomatematik
di SMK Seri Intan (Sekolah lama)
Alhamdulillah, diluluskan.
lama aku di sini sehingga tamat praktikal
aku masih sambung menjadi warden dan guru sambilan.
dan sebenarnya itulah tujuan aku
yeahhhh, misi berjaya.Alhamdulillah.




Sementara menunggu hari konvokesyen
aku memilih untuk bekerja di Rumah Anak-Anak Yatim Ipoh
ya, kerana minat.
tugas aku memasak dan mengajar mereka dalam bidang akademik.



tidak lama di sini
Alhamdulillah aku telah dipilih sebagai guru akademik
di sebuah sekolah swasta
Sekolah Menengah Tahfiz Al-Amin, Teluk Intan.
antara beratus yang mencuba nasib
aku antara 2 yang terpilih kerana kesungguhan aku untuk mendidik.



setahun aku menjadi guru tetap akademik
mengajar matematik, sains dan Bahasa Melayu
dan secara langsung
aku menjadi guru yang bertauliah.




AKU : Bermulanya Kisah

Assalamualaikum wrt.

Benar,
Aku wira bangsa tak terdendang
tapi aku berjuang
bukan bermodal air liur kosong
bukan bertujuan memenuh poket kosong
bukan berhujah dengan otak kosong.

Aku : Anak kampung
ini sekolah pertama
mengajar Aku eja baca ngaji tulis kira
Sekolah Kebangsaan Jambu Lawar
Batu 30, Machang Kelantan.
Alhamdulillah UPSR 5A

















Tidak memohon mana mana sekolah hebat
Aku terus berjuang di sekolah harian biasa
Alhamdulillah PMR 7A 1B
mulanya ditawarkan ke sekolah berasrama penuh di Seremban
atas kekangan kewangan Aku terus di sini
SMK Seri Intan Machang Kelantan
Alhamdulillah SPM 9A




Kemudian, Aku ditawarkan menyambung pelajaran ke 2 institusi
Temuduga ke luar negara cuma menjadi memori pahit
takmahu cerita, nanti menangis
Aku perlu membuat 2 pilihan
1) Asasi Kejururawatan di UIA Gombak
2) Asasi Sains Hayat di Matrikulasi

Aku sebolehnya mahu ke UIA Gombak
namun atas beberapa kekangan
aku melangkah ke Matrikulasi Melaka jua















Tamat matrikulasi
Aku memilih bidang sains Matematik
dan di tawarkan ke sini
Alhamdulillah, 7 semester berjuang sebelum berjaya.






Aku berkongsi cerita
bukan untuk berbangga atau membuka cela
sekadar menjadikan motivasi dan dorongan
untuk anak murid semua.

siapa bilang anak kampung tak boleh berjaya?

9 Jun 2015/22 syaaban 1436H

Thursday, June 4, 2015

Adab AKU : Seorang Guru


Imam Al - Ghazali dalam kitab karangannya
" Bidayatul Hidayah "
ada menulis tentang adab seorang Alim @ Guru.

Jikan kamu seorang Guru, maka adab yang perlu diperhatikan ialah ;

1.) Sabar
2.) bersopan santun.
3.) Duduk dengan berwibawa dan kepala tunduk.
4.) Tidak takkabur dengan semua makhluk.
5.) Tawaduk dalam setiap majlis dan pertemuan.
6.) Tidak bergurau senda
7.) Menyayangi murid.
8.) Berhati-hati dengan orang yang sombong.
9.) Memperbaiki dengan baik dan tidak marah.
10.) Tidak malu untuk mengaku tidak tahu.
11.) Memberi perhatian pada pertanyaan seseorang dan berusaha memahami pertanyaannya.
12.) Melarang murid mempelajari ilmu yang berbahaya dan ingatkan mereka menuntut ilmu kerana ridha Allah SWT.
13.) Membekal diri dengan sifat taqwa.

Monday, June 1, 2015

AKU : Cikgu Tuisyen.

Assalamualaikum wrt.

Bacalah,
dengan nama Tuhanmu yang menciptakan.

Lalu Muhammad SAW
berGURUkan Malaikat Jibril
menyebut Kalam Allah
mulanya bagai anak kecil - menggigil-
dipeluk erat murabbi baginda
sehingga tersebar Islam keseluruh dunia.

Lalu AKU bercita-cita
menjadi guru
menyampaikan ilmu Allah
mulanya dari anak kecil
mendidik dengan kaseh sayang
sehingga mereka berjaya.

AKU bukan guru sekolah kerajaan
hero yang disanjung dan dipandang
AKU : Cikgu Tuisyen
wira tak terdendang
tapi jiwa kami sama sahaja
pendidik anak bangsa.

Cikgu Ariff Islam
Sg. Buloh, Selangor.
H/P : 0111-9765486